RSS

Khamis, 14 April 2011

.:.KENANGAN HAMAS '11.:.




Assalamualaikum w.b.t, bersyukur kepada Rabbul 'Izzati atas keizinanNya dapat menjayakan Program HAMAS Al-Faraby pd 24, 25 & 26 Februari yang lalu, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta ahli keluarganya..kami di pihak JAKSA memohon kemaafan atas kelambatan posting HAMAS kali ni..



Majlis Perasmian Hari Mesra Antara Siswi Al-Faraby atau lebih senang dipanggil HAMAS Al-Faraby telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Ustazah Nurul Nazuha binti Hazizan..Antara kalam yang disampaikan oleh ustazah,"kita penghuni Al-Faraby umpama sebuah keluarga, jika ada masalah, cuba selesaikan bersama-sama". dan harapan ustazah juga semoga program ini menjadi wadah pengikat hati dan ukhwah penghuninya seiring tema HAMAS "Tautan Mahabbah, Pengikat Hati Insani". Turut hadir dalam menjayakan perasmian ini ialah Presiden MPM, saudara Mohd Faiz Bin Arshad, Timb. Presiden I saudari Latifah Bt Mohd Nazir, & Penghulu-penghulu Kolej Kediaman. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan masakan tanpa gas, gubahan barangan terpakai, sukaneka, permainan tradisional, tahsin Al-Quran,senamrobik, pertandingan nasyid,  dan persembahan istimewa dari JAKSA, JN & MPM.


Antara gambar yang sempat yang diposting dalam blog ini.






Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Eksekutif Pelaksana dan teknikal dari muslimin serta juri -juri pertandingan. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada semua penghuni Al-Faraby atas kerjasama yang baik dari kalian dalam menjayakan Program HAMAS pada tahun ini.

"Tautan Mahabbah, Pengikat Hati Insani".

created by : Setiausaha (Timb. Pengarah HAMAS)